- Unsur-unsur utama dalam sel ialah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.
- Sebatian Kimia terdiri daripada sebatian organik termasuk karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik. Contoh sebatian organik adalah air.
- Karbohidrat membekalkan tenaga untuk membina bahagian sel.
- Protein terlibat dalam hampir semua aktiviti sel.
- Lemak dan minyak (trigliserida) ialah sumber tenaga yang terdiri daripada gliserol dan terikat dengan tiga asid lemak. Contoh lipid lain termasuk fosfolipid, lilin dan steroid
- Asid nukleik mebawa bahan genetik untuk sintesis protein.
- Air adalah penting untuk mengekalkan bentuk sel dan aktiviti kimia sel.
- Monosakarida (glukosa, fruktosa dan galaktosa) ialah gula ringkas.
- Disakarida (maltosa, sukrosa dan laktosa) dibina daripada dua unit monosakarida melalui kondensasi.
- Polisakarida seperti kanji, glikogen dan selulosa ialah polimer glukosa.
- Protein ialah polimer asid amino. Protein menjalankan pelbagai fungsi sebagai enzim, hormon dan antibodi.
- Terdapat empat aras organisasi protein : Primer, Sekunder, Tertier dan Kuartener.
- Enzim ialah pemangkin biologi yang boleh mempercepatkan kadar tidak balas kimia dalam sel.
- Enzim mempunyai tapak aktif khas yang hanya berpelenkap dengan substrat yang spesifik.
- Aktiviti enzim depengaruhi oleh faktor-faktor berikut: (pH, suhu, kepekatan substrat, kepekatan enzim).
Khamis, 8 Ogos 2013
BAB 4 : Komposisi Kimia dalam Sel
Langgan:
Catatan (Atom)