- Unsur-unsur utama dalam sel ialah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.
- Sebatian Kimia terdiri daripada sebatian organik termasuk karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik. Contoh sebatian organik adalah air.
- Karbohidrat membekalkan tenaga untuk membina bahagian sel.
- Protein terlibat dalam hampir semua aktiviti sel.
- Lemak dan minyak (trigliserida) ialah sumber tenaga yang terdiri daripada gliserol dan terikat dengan tiga asid lemak. Contoh lipid lain termasuk fosfolipid, lilin dan steroid
- Asid nukleik mebawa bahan genetik untuk sintesis protein.
- Air adalah penting untuk mengekalkan bentuk sel dan aktiviti kimia sel.
- Monosakarida (glukosa, fruktosa dan galaktosa) ialah gula ringkas.
- Disakarida (maltosa, sukrosa dan laktosa) dibina daripada dua unit monosakarida melalui kondensasi.
- Polisakarida seperti kanji, glikogen dan selulosa ialah polimer glukosa.
- Protein ialah polimer asid amino. Protein menjalankan pelbagai fungsi sebagai enzim, hormon dan antibodi.
- Terdapat empat aras organisasi protein : Primer, Sekunder, Tertier dan Kuartener.
- Enzim ialah pemangkin biologi yang boleh mempercepatkan kadar tidak balas kimia dalam sel.
- Enzim mempunyai tapak aktif khas yang hanya berpelenkap dengan substrat yang spesifik.
- Aktiviti enzim depengaruhi oleh faktor-faktor berikut: (pH, suhu, kepekatan substrat, kepekatan enzim).
Khamis, 8 Ogos 2013
BAB 4 : Komposisi Kimia dalam Sel
Isnin, 24 Jun 2013
BAB 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
- Membran plasma ialah bendalir mozek yang mengandungi molekul protein yang terbenam dalam dwilapisan fosfolipid.
- Membran plasma yang separa telap mengawal pergerakan bahan masuk dan keluar dari sel.
- Pengankutan pasif tidak memerlukan tenaga metabolisme dan bahan bergerak mengikut kecerunan kepekatan.
- Dalam resapan ringkas, sesetengah molekul (sebatian larut-lemak,air dan gas) meresap merentas membran dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.
- Dalam resapan berbantu, zarah-zarah meresap merentas membran plasma dengan bantuan protein liang atau protein pembawa.
- Osmosis ialah pergerakan air merentas membran plasma yang separa telap. Molekul air bergerak dari larutan berkepekatan zat terlarut rendah (banyak molekul air) ke larutan berkepekatan zat terlarut tinggi (kurang molekul air).
- Dalam pengankutan aktif, zat terlarut dipam melalui protein pembawa menentang kecerunan kepekatan. Tenaga dalam bentuk molekul ATP diperlukan.
- Bagi dua larutan yang berbeza kepekatan zat terlarut, larutan yang berkepekatan zat terlarut tinggi dikatakan hipertonik manakala larutan yang berkepekatan zat terlarut rendah adalah hipotonik. Laruatan dikatakan isotonik jika kepekatan zat terlarut kedua-dua larutan sama.
- Dalam larutan hipotonik, sel haiwan seperti sel darah merah dimasuki air, mengembang dan mungkin meletus (hemolisis). Sel tumbuhan menjadi segah.
- Dalam larutan hipertonik, sel kehilangan air kepesekitaran luar. Sel haiwan mengalami krenasi dan mengecut. Sel tumbuhan mengalami plasmolisis dan menjadi flasid.
- Dalam larutan isotonik, sel tidak menerima atau kehilangan air. Bentuk sel kekal seperti asal.
Selasa, 18 Jun 2013
Bab 2 : Struktur Dan Organisasi Sel
- Sel ialah unit binaan asas dan unit berfungsi bagi semua organisasi hidup.
- Sel hidup terdiri daripada membran plasma yang mengelilingi sitoplasma.
- Sitoplasma mengandungi organel seperti nukleus, mitokondrion, ribosom, jalinan endoplasma (kasar & licin), jasad Golgi, lisosom, vakuol, sentriol (sel haiwan), kloroplas (sel tumbuhan).
- Tisu ialah sekumpulan sel yang sama dan menjalankan fungsi khusus.
- Organ terdiri daripada sekumpulan tisu yang berbeza dan menjalankan tugas yang khusus.
- Organisasi sel terdiri daripada SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> ORGANISMA MULTISEL.
Langgan:
Catatan (Atom)