- Membran plasma ialah bendalir mozek yang mengandungi molekul protein yang terbenam dalam dwilapisan fosfolipid.
- Membran plasma yang separa telap mengawal pergerakan bahan masuk dan keluar dari sel.
- Pengankutan pasif tidak memerlukan tenaga metabolisme dan bahan bergerak mengikut kecerunan kepekatan.
- Dalam resapan ringkas, sesetengah molekul (sebatian larut-lemak,air dan gas) meresap merentas membran dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.
- Dalam resapan berbantu, zarah-zarah meresap merentas membran plasma dengan bantuan protein liang atau protein pembawa.
- Osmosis ialah pergerakan air merentas membran plasma yang separa telap. Molekul air bergerak dari larutan berkepekatan zat terlarut rendah (banyak molekul air) ke larutan berkepekatan zat terlarut tinggi (kurang molekul air).
- Dalam pengankutan aktif, zat terlarut dipam melalui protein pembawa menentang kecerunan kepekatan. Tenaga dalam bentuk molekul ATP diperlukan.
- Bagi dua larutan yang berbeza kepekatan zat terlarut, larutan yang berkepekatan zat terlarut tinggi dikatakan hipertonik manakala larutan yang berkepekatan zat terlarut rendah adalah hipotonik. Laruatan dikatakan isotonik jika kepekatan zat terlarut kedua-dua larutan sama.
- Dalam larutan hipotonik, sel haiwan seperti sel darah merah dimasuki air, mengembang dan mungkin meletus (hemolisis). Sel tumbuhan menjadi segah.
- Dalam larutan hipertonik, sel kehilangan air kepesekitaran luar. Sel haiwan mengalami krenasi dan mengecut. Sel tumbuhan mengalami plasmolisis dan menjadi flasid.
- Dalam larutan isotonik, sel tidak menerima atau kehilangan air. Bentuk sel kekal seperti asal.
Isnin, 24 Jun 2013
BAB 3 : Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan